Refleksi minggu ke-5
Assalamualaikum..
hai..hello..apa khabar semua pembaca blog ini..saya harap kalian dalam keadaan sihat sentiasa.
rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..maaf zahir dan batin ya semua..0 0 tau..
baiklah...sekarang masa untuk kita berbincang tentang kecerdasan emosi pula..anda tahu tak apa perbezaan antara emosi dan perasaan??? erm kalau anda tahu bagus la..tapi kan pada amnya, emosi ini dilihat sebagai tindak balas atau respon asas manusia. Contohnya, kemarahan, kesedihan, ketakutan, keseronokan, kasih sayang, rasa terperanjat, jijik, serta perasaan malu. Kesemua jenis-jenis emosi asas tersebut adalah dibina dalam DNA manusia sebagai bentuk tindakbalas atau respon neurobiologikal kimia.
Manakala, perasaan pula merupakan bahan yang terhasil daripada tindak balas emosi manusia itu sendiri. Perasaan ini lebih berkait rapat dengan refleksi daripada emosi. Selain itu, terdapat juga beratus-ratus perasaan yang berlainan. Oleh itu, manusia akan memberi respon kepada emosi yang berbeza terhadap situasi yang juga berlainan.
Ringkasnya, emosi bertindak sebagai pengarah di bawah kesedaran kepada perhatian manusia yang wujud sebelum perasaan. Perasaan pula merupakan respon terlazim di bawah masyarakat budaya kita.
Seperti mana yang kita tahu, kompetensi kecerdasan emosi terdiri daripada dua bahagian iaitu kompetensi kendiri dan kompetensi sosial. Kompetensi kendiri melibatkan individu itu sendiri atau kesedaran terhadap individu itu sendiri. Manakala, kompetensi sosial pula merupakan hubungan dengan orang lain. Dalam kompetensi kendiri, individu sedar akan emosi yang terlibat dalam diri mereka sendiri. Setiap manuisa akan dipengaruhi oleh emosi positif dan emosi negatif . Emosi yang negatif akan menyebabkan seseorang individu itu merasa sakit atau menyebabkan penyakit dalam diri akibat dari emosi itu.
selain itu, saya juga ingin berkongsi tentang cara untuk mengendalikan emosi yang negatif dalam diri manusia. Cara yang pertama yang saya tahu ialah melampiaskan kemarahan mengikut kata hati individu itu sendiri iaitu hanya mengikut perasaannya tanpa memikirkan perasaan orang lain yang juga terlibat sama dalam masalah berkenaan. Cara yang kedua pula ialah dengan cara memendam perasaan. Bagaimanapun, cara ini juga boleh mengundang kesan yang negatif kepada individu berkenaan kerana kemarahan yang berpanjangan serta dibiarkan berterusan dalam hati akan memakan individu itu sendiri. Cara yang ketiga dan juga merupakan cara yang terbaik bagi mengendalikan emosi yang negatif ialah melepaskan kemarahan melalui cara yang betul iaitu memaafkan atau melupakan sahaja perkara yang terjadi. Cara ini merupakan langkah yang terbaik kerana individu itu akan merasa tenang dalam menjalani kehidupan serta orang lain juga tidak perlu hidup dalam keadaan tertekan dan berdendam disebabkan oleh masalah tersebut.
Dalam menjalani kehidupan ini juga, setiap manusia sentiasa merasakan tidak puashati terhadap diri sendiri. Kita harus tahu bahawa penilaian orang lain terhadap diri kita itu tidak penting sama sekali. Tetapi, penilaian diri sendiri itu yang penting agar sentiasa bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini...jumpa di lain waktu..
sekian...terima kasih kerana membaca..selamat beramal ^_^
No comments:
Post a Comment