Thursday, 13 September 2012

Refleksi minggu ke-5
Assalamualaikum..
hai..hello..apa khabar semua pembaca blog ini..saya harap kalian dalam keadaan sihat sentiasa.
rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..maaf zahir dan batin ya semua..0 0 tau..
baiklah...sekarang masa untuk kita berbincang tentang kecerdasan emosi pula..anda tahu tak apa perbezaan antara emosi dan perasaan??? erm kalau anda tahu bagus la..tapi kan pada amnya, emosi ini dilihat sebagai tindak balas atau respon asas manusia. Contohnya, kemarahan, kesedihan, ketakutan, keseronokan, kasih sayang, rasa terperanjat, jijik, serta perasaan malu. Kesemua jenis-jenis emosi asas tersebut adalah dibina dalam DNA manusia sebagai bentuk tindakbalas atau respon neurobiologikal kimia.
Manakala, perasaan pula merupakan bahan yang terhasil daripada tindak balas emosi manusia itu sendiri. Perasaan ini lebih berkait rapat dengan refleksi daripada emosi. Selain itu, terdapat juga beratus-ratus perasaan yang berlainan. Oleh itu, manusia akan memberi respon kepada emosi yang berbeza terhadap situasi yang juga berlainan.
Ringkasnya, emosi bertindak sebagai pengarah di bawah kesedaran kepada perhatian manusia yang wujud sebelum perasaan. Perasaan pula merupakan respon terlazim di bawah masyarakat budaya kita.
Seperti mana yang kita tahu, kompetensi kecerdasan emosi terdiri daripada dua bahagian iaitu kompetensi kendiri dan kompetensi sosial. Kompetensi kendiri melibatkan individu itu sendiri atau kesedaran terhadap individu itu sendiri. Manakala, kompetensi sosial pula merupakan hubungan dengan orang lain. Dalam kompetensi kendiri, individu sedar akan emosi yang terlibat dalam diri mereka sendiri. Setiap manuisa akan dipengaruhi oleh emosi positif dan emosi negatif . Emosi yang negatif akan menyebabkan seseorang individu itu merasa sakit atau menyebabkan penyakit dalam diri akibat dari emosi itu.
selain itu, saya juga ingin berkongsi tentang cara untuk mengendalikan emosi yang negatif dalam diri manusia. Cara yang pertama yang saya tahu ialah melampiaskan kemarahan mengikut kata hati individu itu sendiri iaitu hanya mengikut perasaannya tanpa memikirkan perasaan orang lain yang juga terlibat sama dalam masalah berkenaan. Cara yang kedua pula ialah dengan cara memendam perasaan. Bagaimanapun, cara ini juga boleh mengundang kesan yang negatif kepada individu berkenaan kerana kemarahan yang berpanjangan serta dibiarkan berterusan dalam hati akan memakan individu itu sendiri. Cara yang ketiga dan juga merupakan cara yang terbaik bagi mengendalikan emosi yang negatif ialah melepaskan kemarahan melalui cara yang betul iaitu memaafkan atau melupakan sahaja perkara yang terjadi. Cara ini merupakan langkah yang terbaik kerana individu itu akan merasa tenang dalam menjalani kehidupan serta orang lain juga tidak perlu hidup dalam keadaan tertekan dan berdendam disebabkan oleh masalah tersebut.
Dalam menjalani kehidupan ini juga, setiap manusia sentiasa merasakan tidak puashati terhadap diri sendiri. Kita harus tahu bahawa penilaian orang lain terhadap diri kita itu tidak penting sama sekali. Tetapi, penilaian diri sendiri itu yang penting agar sentiasa bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Baiklah, sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini...jumpa di lain waktu..

sekian...terima kasih kerana membaca..selamat beramal ^_^

Saturday, 28 July 2012


Refleksi minggu ke-4

Assalamualaikum..hai hello..Salam Ramadhan untuk semua pembaca..hari ini dah masuk Ramadhan yang ke-8...Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk merasai nikmat Ramadhan..semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

erm...terasa pula mood raya la..sabar-sabar.. berbalik kepada topik pembelajaran kita pada hari ini iaitu ulasan tentang video yang dipilih..pada pandangan saya, video ini sangat berhubungkait dengan subjek Kompentensi Kecerdasan Emosi..

Anda tahu tak kenapa? bukan sebab video ini mempunyai kaitan dengan raya, tapi sebab dalam video ini merangkumi semua jenis kecerdasan. Baiklah, elemen kecerdasan intelek yang terkandung dalam video ini ialah bagaimana seseorang itu menggunakan otak untuk berfikir. Contohnya, dalam video tersebut anak yang bertanya dengan abahnya tentang seekor burung. Jika dilihat dari aspek kecerdasan emosi pula, kecekapan seorang abah melayani karenah anaknya sewaktu kecil dan bersabar menjawab semua pertanyaan anaknya. Subhanallah, kuatnya kasih seorang ayah terhadap anaknya kerana ia dapat dilihat apabila si anak bertanya berulang kali pada abah dengan soalan yang sama tetap dijawab dengan senang hati oleh abah tersebut...

"bah, nie burung ape??" tanya anak..
"burung murai....." jawab abah....

Betapa mendalamnya kasih seorang abah terhadap anaknya jelas terpancar melalui cara beliau melayani anaknya. Dari aspek spiritual pula, kewajiban seorang anak menghormati dan menyayangi orang tuanya. Seharusnya seorang anak sentiasa melayani orang tuanya dengan baik kerana tanpa mereka siapa la kita diatas muka bumi Allah ini. Jika saya berada dalam situasi si ayah ketika anaknya masih kecil, saya mungkin tidak dapat bersabar dengan soalan yang sama ditanyakan berulang-ulang kali. Bagaimanapun, watak 'abah' mampu menunjukkan kesabarannya dengan sentiasa melayan pertanyaan anaknya.

Seterusnya, ilmu yang saya ingin kongsikan ialah elemen-elemen yang terdapat dalam kecerdasan emosi iaitu antaranya ialah Kompetensi personal dan kompetensi sosial. Kompetensi personal ialah merangkumi dua komponen yang utama iaitu komponen kesedaran emosi kendiri dan komponen pengurusan emosi kendiri. Komponen kesedaran emosi kendiri seseorang individu merujuk kepada keupayaan dalam mengenalpasti dan mengenali emosi serta kesannya. Manakala komponen pengurusan emosi kendiri pula boleh dihayati daripada aspek seperti kawalan emosi kendiri, kebolehsuaian, ketekunan, sifat inovatif, optimistik, inisiatif dan berorientasikan pencapaian.

Bagi komponen kompetensi sosial juga dibahagikan kepada dua komponen yang utama iaitu kompetensi kesedaran sosial yang boleh dikenalpasti daripada tingkah laku dan ekspresi individu. Komponen yang kedua ialah kompetensi kemahiran sosial yang boleh dikenalpasti melalui prestasi dan tindakan berlandaskan kemahiran-kemahiran.

Erm saya rasa sampai disini dahulu tulisan saya pada kali ini. Jangan lupa untuk mengikuti coretan saya pada minggu yang akan datang ok...opssssss...baiklah...

sekian,terima kasih kerana membaca...salam Ramadhan & selamat beramal ^_^



Tuesday, 10 July 2012

Refleksi Kecerdasan Emosi Minggu 3

Assalamualaikum...
hai...hello..bertemu lagi dalam coretan ketiga saya...harap tidak jemu membaca ya...

erm apa yang saya pelajari dalam kelas Kecerdasan Emosi pada minggu ketiga erk...(ingat-ingat lupa,hehe)..
takkan la lupa pula, kan dah tulis dalam buku log hari tu lagi...tanggal 03.07.2012..ha ingat lagi kan hari ini..
erm pada hari ini saya telah mempelajari dengan lebih mendalam tentang kecerdasan emosi. Wah!! makin lama saya mengikuti kelas ini makin luas ilmu pengetahuan yang saya perolehi. Bukan itu saja, malah saya makin mahir mengendalikan emosi yang membelenggu diri...

kecerdasan intelek (IQ) adalah melibatkan apa yang kita fikirkan atau "what do i think" .
apa yang kita fikir ini melibatkan hal-hal fizikal yang bermain dalam fikiran dan proses pemikiran ini adalah melibatkan fungsi otak secara keseluruhannya. kecerdasan intelek ini juga dikenalpasti sebagai salah satu aspek potensi yang ada dalam diri setiap manusia. Kecerdasan intelek ini sangat penting untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Kecerdasan intelek ini adalah faktor utama dalam menentukan tahap kejayaan seseorang individu...

Bagaimana pula dengan kecerdasan emosi? Kecerdasan emosi(EQ) pula merujuk kepada apa yang dirasai oleh hati atau perasaan. Dalam erti kata lain "what do i feel". Kecerdasan ini melibatkan permainan emosi dalam diri manusia berkenaan. Selain melibatkan hati, ia juga turut melibatkan fungsi jantung manusia dimana setiap manusia perlu sentiasa prihatin dengan apa yang hati rasa pada setiap masa bagi menjamin kesejahteraan hidup...

Akhir sekali saya ingin berkongsi tentang kecerdasan spiritual (SQ). Kecerdasan spiritual ini pula berkaitan dengan diri manusia itu sendiri atau "Who am i". Setiap manusia yang hidup mesti tahu apa tujuan dia hidup didunia ini, ke mana tujuan hidupnya dan juga pegangan hidup yang sentiasa dititikberatkan dalam menjalani kehidupan. Hal ini penting kerana setiap manusia itu perlu menetapkan tujuan hidup agar hidup sentiasa dirahmati dan terlindung dari hasutan syaitan. Selain itu, manusia yang hidup tanpa tujuan ibarat layang-layang terputus talinya...(fikir-fikirkanlah)..

sekian...terima kasih kerana membaca..selamat beramal.... ^_^
Refleksi Kecerdasan Emosi (minggu 2)

Assalamualaikum..

hari pertama bersama pensyarah kecerdasan emosi telah membuka mata saya tentang apa itu kecerdasan emosi yang sebenarnya...subjek kompetensi kecerdasan emosi ini dipelajari bagi membolehkan pelajar mengenalpasti tiga aspek kecerdasan iaitu dari segi intelek, emosi dan spiritual. menurut pemahaman saya juga, kecerdasan emosi ni melibatkan organ-organ penting dalam tubuh manusia seperti jantung, hati dan juga otak...

o....begitu rupanya...hehe. Anda tahu tak apa itu 'passion'?? Passion ini sebenarnya apa yang kita buat mampu memberikan kepuasan terhadap diri kita..passion saya ialah membaca novel..ala tak kira la novel apa pun asal cerita itu menarik sama ada cerita cinta, agama, kenegaraan dan sebagainya..(Biasanya novel cinta la..hehehe)..saya dapat mencapai kepuasan diri apabila saya dapat menghabiskan sesuatu cerita atau bahan bacaan tersebut. Apa yang menarik minat saya ketika membaca ialah saya seolah-olah dapat melihat secara terus perjalanan cerita tersebut melalui penghayatan yang mendalam. Selain itu, isi yang terdapat dalam novel ini juga turut memberikan pengajaran kepada saya dalam menempuhi kehidupan..
kesimpulannya, passion ini dapat meningkatkan lagi potensi diri saya kerana saya dapat mengenali diri saya yang sebenarnya dan dapat mengurus emosi dengan sebaiknya bagi mengelakkan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian...

sekian..terima kasih kerana membaca..selamat beramal.... ^_^

Monday, 9 July 2012

ujian mampu mematangkan diri...(Refleksi Kecerdasan Emosi minggu 1)

assalamualaikum..
kata orang, kita tidak boleh mengalah dengan ujian kerana lagi banyak kita diuji, lagi kuat kita meniti kehidupan mendatang. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan...laut mana yang tidak bergelora. Setiap manusia pasti menghadapi dugaan tapi Allah S.W.T tidak akan uji umat-Nya diluar kemampuan mereka..hehe apa yang aku cakap ni...

jadi..seberat mana pun ujian yang menimpa kita, bersabar, berdoa dan berusaha la menyelesaikan masalah berkenaan kerana tidak ada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya....JANGAN AMBIL JALAN MUDAH (membunuh diri dan lain-lain...hehe) untuk menyelesaikan masalah tau kerana itu bukan mengurangkan masalah tapi menambahkan masalah yang sedia ada...sebesar mana pun ujian yang menimpa kita, ada orang yang lebih besar dugaan yang menimpanya berbanding kita....ingatlah orang yang tersayang sebelum membuat sebarang keputusan....hehe..(sumber dipetik dari kata-kata nasihat pensyarah Kecerdasan Emosi)

Kecerdasan emosi adalah mengenalpasti tiga aspek iaitu kecerdasan intelek (IQ), emosi (EQ) dan spiritual (SQ). Kecerdasan intelek mmengenalpasti tentang apa yang seseorang individu itu fikirkan. Biasanya hal-hal yang difikirkan ialah hal-hal yang berbentuk fizikal. Kecerdasan emosi pula untuk mengenali diri dan juga menguruskan hubungan seseorang individu dengan individu yang lain. Contohnya, hubungan baik antara pengurus, guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat. Manakala, kecerdasan spiritual pula merujuk kepada kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap agama atau pegangan hidupnya. Kecerdasan spiritual ini juga berbalik kepada dalaman individu itu sendiri seperti siapa saya???mengapa saya dilahirkan??dan juga sebagainya....


terima kasih kerana membaca...selamat beramal..^_^